5 TEMPAT BEST  WAKTU MALAM DI LANGKAWI 

Jom kita tengok 5 Tempat best waktu malam di langkawi ni. Banyak yang bertanya; Langkawi ni ada ker tempat-tempat menarik waktu malam? itulah persoalan yang sering di tanya oleh semua pelancong di Langkawi. Jadi disini kami ingin sharekan diantara tempat-tempat menarik di Langkawi apabila waktu malam. Moga ianya bermanafaat dan memudahkan percutian anda disini.

1. DATARAN HELANG LANGKAWI / EAGLE SQUARE

Kalau anda sampai langkawi pastikan ambil gambar disini tunjuk pada kawan-kawan, saudara mara katnya dah sampai Langkawi kalau tak orang tak caya.. Boleh selfie-selfie send dalam Fb,Instagram dan twitter baru best. Kalau malam ada lampu-lampu sekitar sini..yang penting lampu flash camera tu bagi cerah sikit kalau tak nampak mata jer…Untuk pengetahuan anda semua masuk ke Dataran Helang ni tiada Entrance Fee  so free jer bagi Tahun 2018 ni…just nak bagi update takut nanti ada mana-mana pihak minta duit pulak.

2. KOMPLEK MEMBELI  BELAH HJ.ISMAIL GROUP (HIG)

Komplek ni juga adalah salah satu tempat aktivit best waktu malam di Langkawi. Pada orang lelaki ni kurang la sikit tapi pada orang wanita ni best Giler katanya…komplek ni ada menjual barang-barang seperti Beg Tarik,pinggan Mangkuk,sudu garpu,semua jenis kelengkapan dapur,tuala, dan yang paling TOP tempat ni adalah COKLAT . Belilah banyak-banyak buat buah tangan balik bercuti harganya pulak berpatutan. Untuk abang-abang bolehlah lepak di Foodcourt depan tu boleh kena teh tarik dulu dan makan-makan sambil tunggu isteri membeli belah.

3. PANTAI CENANG

Pantai cenang adalah satu tempat yang ramainya orang bersiar-siar dan shopping antaranya pelancong asing dan juga segelintir pelancong tempatan. Waktu malamnya lebih meriah dengan kedai-kedai makan di sepanjang jalan serta kedai-kedai cenderamata. Anda boleh pilih lepak-lepak di pantai atau menikmati makan malam di salah satu restoran disana. Tapi kalau nak makan tu pastikan tengok dulu harga makanan yang ditawarkan mengikut bajet anda semua. DiPantai cenang ni banyak juga hotel-hotel bajet,chalet,cabin,homestay,guest house,villa untuk anda menginap…pilihlah mengikut kemampuan anda semua. Kalau nak tengok pakej yang kami tawarkan boleh klik DISINI.

4. TELAGA HARBOUR

Kebiasaannya ia menjadi salah satu tempat bergambar bagi pelancong tempatan dengan adanya banyak kapal-kapal persendirian, Telaga Harbour juga adalah antara tempat yang menarik di Langkawi untuk anda bersarapan atau minum petang/malam sambil melihat kapal-kapal ini berlabuh. Untuk memudahkan para pengunjung, jeti ini juga mempunyai surau dan stesen minyak. Anda juga boleh lihat kapal layar Jalur Gemilang yang digunakan oleh pelayar Negara iaitu Dato Azhar Mansor mengelilingi dunia suatu masa dulu.

5. PASAR MALAM / NIGHT MARKET

Di Langkawi juga terdapat pasar malam untuk anda merasai berbagai jenis makanan penduduk tempatan. Banyak jenis menu terdapat di pasar malam antaranya Pulut Ayam,Kerepok Lekor,Nasi Goreng,Mee Goreng,Bihun Goreng,Apam Balik,ayam pangggang,Nasi Ayam,Nasi kerabu,buah-buahan,air Minuman dan berbagai jenis makanan lain lagi.

Bila terdapatnya pasar malam langkawi ?

Di Langkawi tiap-tiap hari ada pasar malam cuma lokasinya yang berbeza-beza. Boleh Check jadual pasar malam Langkawi di bawah. Pasar malam yang paling besar dan meriah ada 2 lokasi iaitu pasar malam di Pekan Kuah dan Padang Matsirat.

  • ISNIN – Ulu Melaka sebelah sekolah Ugama Maktab Mahmud. 
  • SELASA – Kedawang
  • RABU – Pekan Kuah tepi sungai Kuah. (2 kali seminggu Sabtu dan Rabu)
  • KHAMIS – Kampung Temonyong, Cenang
  • JUMAAT – Ayer Hangat Padang Lalang
  • SABTU – Pekan Kuah (2 kali Seminggu Sabtu dan Rabu)
  • AHAD – Padang Mat Sirat dekat Beras Terbakar

Waktu pasar malam beroperasi adalah:

5:30 ptg – 10 malam

Untuk detail aktiviti di Langkawi klik – DISINI

Close Menu